Search

PENDAFTARAN STOKIS

TERMA & SYARAT STOKIS

1.0 Mengisi Borang Permohonan

Setiap individu yang ingin menjadi Stokis/Agen MESTI mengisi dengan lengkap Borang Permohonan dan mengembalikan kepada pihak syarikat.

2.0 Menetapkan harga produk

Harga jualan produk adalah TETAP. Pihak Stokis dan Agen adalah DILARANG menurunkan/menaikkan harga sesuka hati. Tindakan akan diambil ke atas Stokis/Agen yang ingkar.

3.0 Informasi yang jelas dan benar

Pihak Stokis/Agen dilarang memberikan penerangan yang salah terhadap sistem perniagaan atau produk keluaran syarikat. Setiap penerangan hendaklah berpandukan maklumat/risalah yang dibekalkan oleh pihak syarikat sahaja. Pihak syarikat tidak akan bertanggungkawab di atas tuntutan dari mana-mana pihak yang berdasarkan maklumat yang direka oleh Stokis/Agen.

4.0 Tanggungjawab Stokis/Agen

4.1 Pihak Stokis/Agen adalah DIWAJIBKAN hadir ke ‘short course’ yang dianjurkan oleh pihak syarikat dari semasa ke semasa samada ‘online’ atau ‘offline’

4.2 Pihak Stokis/Agen bertanggungkawab sepenuhnya menerangkan produk keluaran syarikat kepada agen/pelanggan mengikut standard yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat.

4.3 Pihak Stokis/Agen hendaklah membawa apa jua bentuk aduan mengenai produk dan perkhidmatan ke pengetahuan pihak syarikat untuk penambahbaikan dari semasa ke semasa.

5.0 Status Stokis/Agen, kawasan edaran, komisen mengesyorkan kepada Stokis/Agen yang lain.

5.1 Plan permulaan menjadi stokis ialah sebanyak 95 botol, iaitu 25 botol Minyak Terapi SR dan 25 botol Minyak SR dan 25 botol Pati Limau Purut SR dan 20 botol Spray Entiti SR yang berjumlah RM4,200. Plan ini melayakkan Stokis mendapat 1 kawasan EDARAN.

5.2 Plan permulaan bagi Agen ialah sebanyak 19 botol iaitu 5 botol Minyak Terapi SR dan 5 botol Minyak SR dan 5 botol Pati Limau Purut SR dan 4 botol Spray Entiti SR yang berjumlah RM1005.

5.3 Untuk mengekalkan status bagi stokis yang aktif, pihak stokis hendaklah membuat pembelian minimum sebanyak 30 botol dan ke atas setiap bulan.

5.4 Untuk mengekalkan status Agen yang aktif, pihak Agen hendaklah membuat pembelian minimum 10 botol dan ke atas setiap bulan.

5.5 Pihak syarikat akan memberikan komisen 5% (Sekali sahaja) kepada Stokis/Agen yang masih aktif jika stokis/Agen tersebut mengesyorkan kepada stokis yang lain.

5.6 Jika Stokis atau agen tidak aktif selama 3 bulan berturut-turut selepas pembelian terakhir, status adalah Stokis/Ageh adalah terbatal dan pihak syarikat berhak memberi peluang kepada stokis/agen lain.

6.0 Pihak syarikat berhak meminda terma dan syarat di atas dari semasa ke semasa untuk kepentingan bersama.

BORANG PERMOHONAN STOKIS

Pastikan saiz fail tidak melebihi 2mb
Bukan Warganegara

BORANG (PDF FORMAT)

Message Us on WhatsApp
You don't have permission to register
X